08 August 2012

DOSAKU KERANA LIDAH




Lidah merupakan anugerah Allah SWT yang tidak terhingga nilainya. Lidah banyak kegunaannya, lidah digunakan untuk merasa keenakan makan dan yang sangat ajaib lidah digunakan untuk berkata-kata. Walaupun begitu, kerana lidah manusia akan mendapat pahala dan kerana lidah juga manusia sering mendapat dosa kerana lidah sama ada secara sedar ataupun tidak.

Sifat lidah yang tidak bertulang memudahkan manusia bercakap tentang apa sahaja tanpa menghiraukan perkataan yang mereka ucapkan. Oleh itu, satu patah perkataan yang keluar dari lisannya sudah cukup untuk memasukkan seseorang itu ke dalam neraka dan mungkin juga diberatkan timbangannya di akhirat kelak di sisi Allah SWT...

Islam itu indah

muhammad abit bin wahab